Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi kurma ayam ini. Memang sedap.

BAHAN-BAHAN:
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar rempah kurma
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil serbuk ketumbar
4 biji ubi kentang
1 kg santan
1 ekor ayam – potong 12
2 biji limau – di ambil jus sahaja
2 tangkai cili hijau
2 labu bawang besar – dipotong 4

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan rempah kurma, kacau sehingga sebati.
3.Masukan santan dan biarkan ianya reneh seketika.
4.Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan hingga daging ayam dan ubi kentang empuk. Kemudian masukan bawang besar yang dihiris dan cili hijau sebagai penyeri masakan dan sedia dihidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Penggemar masakan Negeri Sembilan wajib singgah restoran ini. Memang padu! #hayyanhuda #makanlokal #myfoodie #malaysianfoodie #fyp #foryou ♬ Это любовь – Амирчик

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram