Sedapnya mi hailam ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba mi hailam yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHANNYA:
300 gm mi kuning
100 gm tauge
5 batang sawi – potong
100 gm daging – rebus da n hiris
200 gm udang basah
5 biji bebola ikan – belah dua
2 cawan stok daging
5 sudu besar kicap
3 ulas bawang putih – tumbuk
5 ulas bawang merah – tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1sudu besar kicap pekat
Sedikit minyak bijan, garam, serbuk
lada hitam dan minyak masak

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan cili kisar.
  2. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, sos tomato dan stok daging dan kacau rata.
  3. Apabila mendidih, masukkan garam,daging,udang, sawi dan serbuk lada hitam. Biar mereneh seketika.
  4. Akhir sekali, masukkan mi, minyak bijan dan kacau rata. Masak selama 2 minit.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Penggemar burger wajib cuba 👍🏻 #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie ♬ Fire – Official Sound Studio

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram