DEK kerana dipaksa melakukan hubungan intim, seorang gadis berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh teman lelakinya dalam sebuah bilik hotel minggu lalu.

Tertuduh, Sim Hui Ying hanya mengangguk faham seelpas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan pertuduhan, Hui Ying didakwa menyebabkan kematian Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin, jam 8 malam, 20 September lalu.

Baca lagi: Hukum membunuh dan memakai aksesori dari kulit ular

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan bersalah.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 6 Disember ini bagi penyerahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram