Warga emas maut selepas terjun dari jejantas monorail

Dari Penulis

SEORANG warga emas maut selepas bertindak terjun dari stesen monorail sebelum terjatuh di atas sebuah lori berhampiran Plaza Berjaya, Jalan Imbi, pukul 1.07 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, hasil maklumat dua orang saksi mendakwa telah melihat mangsa berdiri di luar penghadang tingkat tiga, stesen monorail Jalan Imbi.

“Sejurus kemudian, mangsa berusia 61 tahun itu bertindak terjun ke bawah lalu terjatuh ke atas sebuah lori yang sedang bergerak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa warga tempatan itu disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Noor Delhan berkata, mayat telah dihantar ke Unit Forensik pada pukul 2.25 petang sementara menunggu hasil bedah siasat yang dijangka keluar pada esok hari.

Sementara itu menerusi kenyataan Facebook Kuala Lumpur Command & Control Centre, penutupan lorong kiri di jejantas Times Square telah dilakukan berikutan kes maut di lokasi menghala ke Pusat Bandar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiarkan RTM, UnifiTV

KESEMUA 104 perlawanan Piala Dunia 2026 boleh ditonton di UnifiTV dan saluran-saluran utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform...

More Articles Like This