Randau ke-14 akan bincang krisis ekonomi negara – MPM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Randau ke-14 yang bertemakan kemakmuran negara tempang dilanda krisis ekonomi-kewangan pada esok.

Antara yang akan dibincangkan dalam randau itu adalah krisis kewangan negara yang dilihat semakin meruncing ketika ini.

Abdul Razak Kassim berkata, hal itu dapat dibuktikan dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) sehingga memberi kesan kepada rakyat dalam dan luar negara.

Abdul Razak yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kluster Ekonomi Bumiputera, Biro Ekonomi, Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata, turut terkesan ialah usahawan-usahawan tempatan memandangkan kos barangan semakin meningkat.

“Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara telah membuatkan keadaan bertambah buruk.

“Ramai pelajar luar negara terkesan dengan keadaan ekonomi ketika ini misalnya mereka yang belajar di Mesir. 

“Ada juga kemungkinan pelajar yang ditanggung sepenuhnya oleh ibu-bapa mereka terpaksa pulang kembali ke negara memandangkan nilai RM yang lemah ketika ini,” katanya kepada UtusanTV.

Baca lagi: MPM anjur Randau Wasiat Raja-Raja Tanah Melayu

Randau ke-14 itu akan berlangsung pada 30 September (esok) jam 3 petang di Wisma MPM.

Seramai empat cendekiawan akan menjadi panel dalam randau tersebut iaitu Dr Salihin Abang; Prof Emeritus Tan Sri Dr Anuwar Ali; Datuk Mohamad Daud Dolmoin dan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Terdahulu, ramai pihak telah membuat kenyataan dan atur pelan tindakan bagi menghadapi krisis ekonomi negara yang semakin meruncing.

Begitupun, MPM terkilan melihat gegalat segelintir pemimpin yang enggan melaksanakan gencatan sengketa politik dan menumpukan perhatian kepada krisis yang dihadapi negara ketika ini.

MPM sebelum ini telah banyak mengadakan siri randau bagi membincangkan dan mencari penyelesaian terbaik berhubung masalah-masalah yang melanda negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This