Tangkap layar rakaman klip video tular kejadian mangsa dibawa lari sekumpulan individu.

SEORANG ahli perniagaan diculik sekumpulan lelaki menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih petang semalam dipercayai berpunca kerana masalah hutang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 5.03 petang.

Beliau berkata, sekumpulan suspek yang dipercayai lelaki tempatan telah menarik dan memaksa mangsa masuk ke dalam kereta ketika mangsa sedang makan sendirian di sebuah restoran dekat Jalan Pandan Indah.

“Mangsa berusia 38 tahun telah meminta tolong dan cuba untuk melepaskan diri, tetapi tidak berjaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya pada pukul 10.45 malam selepas dilepaskan suspek di kawasan Klang.

Baca artikel berkaitan : Ejen kosmetik dilarikan ke Thailand berjaya diselamatkan

“Mangsa mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka akibat kejadian dan telah mendapat rawatan di Hospital Ampang,” katanya.

Tambahnya, kejadian dipercayai berpunca akibat masalah hutang dengan pihak majikan dan suspek terlibat kini sedang giat dikesan.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan.

Mohamad Farouk berkata, pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk awam yang cuba membantu dalam kejadian berkenaan dan menasihati orang awam supaya tidak terlibat dengan hutang tanpa lesen yang sah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram