Faizal Ismail lulus tauliah mengajar dari JAIS

Dari Penulis

PENYAMPAI radio dan pengacara terkenal, Faizal Ismail berkongsi berita gembira apabila permohonan tauliah mengajar dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah diluluskan.

Menerusi entri di Instagram miliknya, Faizal meluahkan rasa syukur selepas berjaya melepasi penilaian temu duga Tauliah Mengajar dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAIS pada Ogos lalu.

“Syukur tak terhingga setelah melalui dua proses penilaian secara teori dan lisan, permohonan Tauliah JAIS telah lulus.

“Namun, perlu saya akui ia bukanlah satu proses yang mudah kerana kedua-dua penilaian mempunyai cabaran yang tinggi tanpa sebarang prejudis,” tulisnya.

Faizal akan mula mengajar berkuat kuasa pada 22 September lalu hingga 30 Jun 2025.

Menurut Faizal lagi, dia tidak mengajar ilmu khusus dalam agama sebaliknya dia memfokuskan kepada motivasi.

“Saya bukanlah mengajar ilmu-ilmu khusus dalam agama kerana saya juga masih perlu banyak belajar. Namun kategori motivasi seperti yang tertera di dalam surat ini akan memudahkan pergerakan saya untuk memenuhi hajat pihak yang mahu menjemput untuk sama-sama berkongsi manfaat.

“Terima kasih tak terhingga kepada JAIS atas penganugerahan tauliah ini. JAIS turut menggalakkan supaya lebih ramai mereka yang mahu aktif dalam dunia dakwah agar memohon pertauliahan supaya tidak timbul perkara yang berbangkit di kemudian hari.

“Insya-Allah, moga ini menjadi bukti sesiapa jua boleh memohon asalkan memenuhi syarat yuang ditetapkan,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This