SEORANG remaja lelaki ditemui mati lemas pagi tadi selepas terjatuh ketika cuba mengambil bola di dalam Sungai Bukit Lanchong.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 4.56 petang semalam.

Beliau berkata sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa, Wan Mohamad Hafiq Wan Ismai,13, telah terjatuh ketika mengambil bola lalu di bawa arus dan tenggelam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak bomba telah membuat pemantauan sekitar lokasi sebelum tugas mencari diserahkan kepada pihak pasukan penyelamat di air.

Baca artikel berkaitan : Remaja perempuan dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Balau

Katanya, pencarian bermula pada pukul 8 pagi tadi dengan menggunakan dua buah bot.

“Mangsa ditemui terapung sejauh dua kilometer dari lokasi terjatuh pada pukul 8.21 pagi,” ujarnya.

Norazam berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram