Selalunya menu orang Pahang yang popular tentulah Ikan Patin Tempoyak, namun dah kita yang buat dia, sesekali ubah selera dengan gantikan dengan ayam pula.

Memang cukup menyelerakan, makan pula dengan sambal belacan dan ulam-ulaman, bertambah nasi. Sedap hingga menjilat jari.

“Kalau orang Pahang..mesti dah biasa makan tempoyak ayam ni kan. Untuk N, orang Terengganu duk di Pahang ni terasa macam pelik menu camni. Tapi N suka try mende baru..alhamdulillah sedap ..kena dengan selera. Tapi versi tersendiri lah.

Resipi Gulai Tempoyak Ayam

Ayam 1 ekor

Tempoyak 5-6 sudu besar

Cili api (ikut kepedasan)

Kunyit hidup 2 inci

Asam keping

Daun kesum

Daun kunyit

Bunga kantan( nak letak boleh, taknak boleh)

Perasa Garam Gula

Cara-cara pada setiap gambar

*1 tips nak dapat kan colour gulai tempoyak tu cantik, gunakan cili api merah atau cili besar merah. Baru cantik colour dia.

Selamat Mcuba..

#DAPURSHAIANNE.”

Sumber : Dapur Shai Anne