Falsafah pembangunan cantik tapi sistem penyampaian tak berkesan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEJAK mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai dasar dan falsafah pembangunan telah direncana.

Tidak kira dasar pembangunan setiap tahun seperti Belanjawan atau pun secara berfasa menerusi Rancangan Malaysia, pelbagai langkah telah, sedang dan akan dilakukan demi kemakmuran negara.

Namun begitu, bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Tan Sri Dr. Anuwar Ali membangkitkan persoalan yang mungkin bermain di fikiran setiap rakyat.

Jelas beliau, falsafah pembangunan yang telah dirancang itu atas kertas sememangnya nampak cantik.

Namun begitu, Anuwar berkata, apa yang merisaukan adalah kemampuan sistem penyampaian di semua peringkat tidak kira Persekutuan atau pun negeri.

Katanya, ketidakupayaan itu telah sedikit sebanyak mencorakkan kedudukan ekonomi negara ketika ini.

“Soal ketirisan dan kebocoran (berleluasa) dengan integriti dan ketelusan yang tidak ada.

“Kita kena berbalik semula melihat bagaimana perancangan yang telah dibuat ini dengan teliti dan selaraskan dengan bajet negara,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Langkah tidak tambat ringgit tepat, boleh jatuhkan ekonomi

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam Randau Ke-14: Kemakmuran Negara Tempang Dilanda Krisis Ekonomi-Kewangan anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM), semalam.

Selain Anuwar, sesi randau itu turut menampilkan bekas Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA), Dr Salihin Abang; Ketua Eksekutif Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Sulaiman Mahbob dan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Mohamad Daud Dol Moin.

Justeru, Anuwar yang juga Canselor Universiti Cyberjaya menegaskan Malaysia tidak seharusnya melihat kepada pembentangan belanjawan semata-mata kerana beliau menyifatkan ia sebagai ‘penglihatan terowong’.

Sepatutnya, beliau berkata, negara perlu melihat apa yang berlaku di luar terowong dan meneliti semula struktur ekonomi sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) mula diperkenalkan.

“Kalau kita lihat struktur ekonomi negara sebenarnya tidak banyak berubah sejak 50 tahun dahulu kerana sebahagian besar yang menjadi penyumbang adalah sektor perkhidmatan.

“Padahal, sektor pembuatan sepatutnya melonjakkan ekonomi negara ke tahap tertinggi lagi kerana kita bercerita tentang teknologi dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) tetapi tidak ada makna jika tiada perubahan.

“Kita masih lagi berdamping kepada pelaburan asing tetapi struktur perniagaan kita melibatkan 90 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Itu satu masalah yang perlu dilihat lebih meluas,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This