Tip Belanjawan 2023

Dari Penulis

OLEH: PROF. TAN SRI DR. NOOR AZLAN GHAZALI

Tip # 1: Apakah senario ekonomi dunia dan Malaysia 2023?

Dalam bacaan saya semua melaporkan kemelesetan. IMF menyimpulkan ekonomi dunia ‘Gloomy and More Uncertain’. Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka menurun dari 6.1% (2021), 3.2% (2022), 2.9% (2023).

Laporan terakhir Bank Dunia menjangkakan Malaysia akan tumbuh pada kadar 4.2% tahun 2023.

Bajet tahunan menyediakan Malaysia untuk tahun hadapan dan semestinya seiring dengan perancangan pembangunan jangka panjang yang digariskan oleh RMke12.

MINDA UKM: Fahami prestasi ekonomi 2023.

https://www.imf.org/en/Publications/WEO/Issues/2022/07/26/world-economic-outlook-update-july-2022

Tip # 2: Elakkan ‘The Ostrich Effect’-‘Kesan Burung Unta’-jangan lengah, bertindak sekarang. Semua kerajaan, industri dan rakyat mesti bersama.

Kelibat burung unta yang mengelak dari masalah dengan membenamkan kepalanya dalam tanah. Bila tidak nampak maka tiadalah masalah dan tiada tindakan yang diambil!. Masalah dibiarkan berpanjangan dan semakin hari semakin parah.

Adakah kita berhadapan dengan kelibat begini? Membiarkan permasalahan struktur berpanjangan tanpa tindakan yang komited, bersungguh-sungguh, sehingga penyelesaian yang berkesan di rasai?

Semalam saya berkongsi pandangan bersama Akademi Profesor Malaysia (APM) permasalahan struktur yang Malaysia hadapi sekian lama. Panel diskusi dan peserta turut menyuarakan kerisauan yang sama. Antara masalah struktur yang kita tahu sekian lama:

  1. 1. Manfaat pertumbuhan tidak dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia
  2. 2. Kerentanan pendapatan rakyat menjejaskan kualiti kehidupan
  3. 3. Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana dan sektor informal yang tidak berdaya saing
  4. 4. Kebergantungan yang tinggi ke atas pelaburan asing untuk eskport negara
  5. 5. Produktiviti pertanian yang rendah dan kelemahan sekuriti makanan
  6. 6. Kekangan fiskal dan bebanan hutang yang menghadkan keupayaan kerajaan
  7. 7. Hutang isi rumah yang tinggi
  8. 8. Graduan menganggur atau bekerja di bawah kelayakan dan kemahiran mereka
  9. 9. Lambakan pekerja asing tanpa kemahiran
  10. 10. Ketidakupayaan adaptasi teknologi dan inovasi
  11. 11. Kelestarian alam yang semakin tergugat
  12. 12. Jurang pembangunan antara negeri/wilayah
  13. 13. Kelemahan governans dan integriti
  14. 14. Kualiti sistem pendidikan yang menghasilkan bakat yang menepati keperluan industri
  15. 15. Keperluan membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui

Semua ini ada dalam pelan induk pembangunan negara (RMk12) dan sektoral. Jangan dibiarkan, nanti semakin parah, semakin susah untuk ditangani. Mari kita bertindak sekarang, bersama mencari jalan penyelesaian. Pasti penyelesaian bukan esok tetapi kita mesti bertindak sekarang dengan komitment yang tinggi.

Boleh ditonton di youtube: https://youtu.be/OvibCoG5sHA

MINDA-UKM: benar untuk Malaysia.

Bersambung….

PENULIS adalah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif (MINDA-UKM). Beliau kini merupakan Sarjana Fulbright di Kennedy School, Harvard University, Amerika Syarikat


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This