Anwar, cukuplah berjanji tidak serupa bikin! – Noh Omar

Dari Penulis

TAN Sri Noh Omar membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengingatkan Presiden PKR itu agar tidak memberi janji kosong kepada rakyat semata-mata hanya mahu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor berkara, Anwar sepatutnya tidak mengelirukan rakyat dengan menabur janji pemansuhan bayaran tol dan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi golongan B40.

Tegas Noh, rakyat kini sudah bijak menilai lebih-lebih lagi selepas Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan memerintah negara selama 22 bulan sebelum ini.

“Beliau (Anwar) cukup-cukuplah memberi janji tidak serupa bikin dan bercakap kosong.

“Terbukti kerajaan di bawah PH tidak mampu menunaikan janji untuk memansuhkan bayaran tol dan PTPTN,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Baca lagi: ‘Jaga saja Gombak, tak mudah bagi dia’ – Anwar

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi memberitahu, agenda kerajaan ketika ini jelas bagi membantu meringankan beban rakyat.

“Sebagai contoh, PTPTN memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk menyediakan geran khas kepada B40 dan bayaran percuma kepada mahasiswa yang memperoleh keputusan pengajian kelas pertama.

“Ia menunjukkan bahawa kita melaksanakan janji praktikal dan akan sentiasa menyalurkan bantuan atau subsidi kepada rakyat,” katanya.

Pada Ahad media melaporkan, Anwar mengenal pasti 36 dasar yang perlu diberi keutamaan dalam usaha mewujudkan Malaysia lebih baik termasuk memansuhkan bayaran tol dan bayaran balik PTPTN khusus untuk golongan B40.

Semua cadangan dasar Anwar itu dimasukkan dalam ‘SCRIPT-For a Better Malaysia’, buku yang mengetengahkan visi dan kerangka dasar yang menjadi matlamat untuk mentransformasikan Malaysia.

Menerusi buku hasil kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) dan Pusat Dasar Postnormal dan Kajian Masa Depan itu antaranya mencadangkan bayaran tol kepada B40 dimansuhkan dengan menyediakan ‘Pas Tol’ dan pemansuhan bayaran balik PTPTN kepada golongan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This