Rakan durjana bunuh anak lelaki berusia tiga tahun

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan maut dipercayai didera seorang lelaki dan pembantu rumah warga asing di Jalan Ria 2, Taman Skudai, Johor Bahru kelmarin.

Lebih malang, lelaki yang dipercayai mendera kanak-kanak tersebut merupakan rakan kepada bapa mangsa yang bekerja di Singapura.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejadian berlaku di rumah rakan lelaki bapa mangsa berusia 28 tahun, manakala pembantu rumah wanita warga Indonesia berusia 40 tahun.

Jelas beliau, bapa mangsa telah meminta bantuan daripada suspek lelaki yang merupakan seorang jurujual untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas.

“Bapa mangsa yang bekerja di Singapura dan ibu bekerja di Yong Peng telah meninggalkan dua anak mereka di rumah rakan dengan bayaran RM2,800 sebulan sejak tiga bulan lepas.

“Hasil siasatan awal, kita dapati terdapat beberapa kecederaan di badan mangsa, begitu juga lebam dan sedikit luka, bagaimanapun, kita tunggu laporan menyeluruh selepas bedah siasat,” katanya memetik laporan Bernama.

Baca lagi: Pesta perang oren, tercetus dari kisah seorang gadis yang membunuh diri untuk mempertahankan kesuciannya

Menurutnya, suspek lelaki itu, yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, dan pembantu rumah itu telah ditahan di lokasi kejadian pada tengah hari tadi.

“Dalam kes ini, kita akan dapatkan keterangan daripada beberapa pihak dengan turut dibantu oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi kejadian,” katanya sambil menambah waktu kejadian masih dalam siasatan.

Kamarul Zaman menjelaskan, adik mangsa yang berusia setahun dan belum dipastikan jantinanya bagaimanapun, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat, manakala permohonan reman kedua-dua individu itu akan dibuat esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This