Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang kali pertama

Dari Penulis

RANG Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 itu dibentang Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah di hadapan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Baca artikel berkaitan: Bajet 2023: Peruntukan besar pembangunan perlu terus diberi pada Sabah, Sarawak

Rang undang-undang itu adalah bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan kerajaan pada 2023.

Mohd Shahar berkata rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada 4 petang, Jumaat ini.

Ia dijangka dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu berhemah bakal nikmati premium insurans lebih rendah menerusi Cermat MADANI

PEMANDU yang mempunyai rekod pemanduan baik dan mematuhi undang-undang jalan raya berpeluang menikmati premium insurans kenderaan lebih rendah sehingga...

More Articles Like This