Bukan mudah memegang gelaran isteri dan wanita, semuanya seolah-olah perlu digalas seorang diri. Dapat suami yang baik, ringanlah beban si isteri. Cerialah seluruh isi rumah.

Namun dapat suami yang hanya mahu menegakkan hak dan kepentingan sendiri, malanglah nasib di isteri. Walau penat, hatta sakit sekalipun, segalanya perlu dilakukan tanpa keluhan.

Perkongsian Muna Izzah Md Isa di laman sosial miliknya menyaksikan tekanan yang dihadapi seorang isteri kerana tidak pernah ada waktu rehat lantaran sikap suami yang tidak memahami.

Malah, walau sedang sakit, dia masih perlu menyempurnakan tugasan rumah kerana sakitnya tidak akan dilayan si suami.

“Pagi tadi first time air mata aku bergenang sambil dengar radio. Betul betul tersentuh hati wanita aku.

Kisahnya di Zayyan pagi tadi tajuknya macam mana anda luahkan stress anda. Tetiba ada sorang caller ni nama Ain. Mula mula nada suara dia bila disapa Mawi macam normal je.

Lepas Mawi Anas tanya “So macam mana Ain lepaskan Stress Ain?”

Terus nada suara dia jadi macam terketar ketar, macam menahan rasa yang paling berat.

“Saya stress sebab saya tak dapat lepaskan stress saya.”

“Saya dah berkahwin 5 tahun, ada 2 anak. Saya stress sebab saya tak pernah dapat masa untuk diri sendiri. Setiap hari rutin saya balik kerja terus masak, settlekan kerja kerja rumah, uruskan anak. Saya penat sangat.

Sebelum kahwin saya suka hiking, pukul 3, 4 pagi saya naik Broga. Saya suka tengok nature. Tapi lepas kahwin saya tak pernah dapat balik macam dulu.

Bila saya suarakan kat suami nak keluar dengan kawan suami kata ajak lah diorang datang rumah. Tak pun takyah keluar langsung. Saya stress sangat.

Saya tak boleh sakit atau cakap penat ye. Takkan dilayan. Tetap saya yang kena settle kan semua kerja di rumah. Tapi kalau suami sakit, saya kena faham dia. Tak boleh ganggu dia.

Saya tak tahu lah saya ni isteri yang malang ke apa.. “

Tiba tiba panggilan terputus.

Kedengaran Mawi Anas pun macam speechless tak tahu nak respon macam mana.

Aku rasa berat masalah akak tu. Kesian sangat kat dia. Tapi sekurang kurangnya mesti harini dia lega sikit dapat luahkan walaupun 1 Malaysia dengar luahan dia.

Suami yang baik adalah suami yang peka dengan keadaan sekelilingnya terutama kondisi isterinya. Isteri ni ibarat cuaca kat rumah.

Kalau mendung ‘cuaca’ isteri, satu rumah akan mendung.

Kalau cerah ‘cuaca’ nya, haa cerahlah isi rumahnya.

Benda macam ni selalu sangat suami tak perasan, atau ada yang jenis buat buat tak perasan. Isteri bukanlah minta nak dirinya dibelai dimanja sangat pun.

Cuma cukuplah faham keadaan dia, tentang dirinya yang perlukan rehat, perlukan masa untuk diri sendiri. Isteri bukan robot yang tak tahu penat😔

Silap silap bila terlampau penat, tanpa sedar isteri akan lepaskan rasa tu kat anak. Na’uzubillahi min zalik.

Kepada akak Ain, anggaplah ini ujian untuk diri akak. Allah nak uji untuk naikkan martabat diri akak.

Doa lah supaya kat syurga nanti akak tak perlu jumpa dah suami akak tu 😆

Aku bersyukur suami aku bab ni sangat cemerlang. Sampai aku rasa terlebih rehat pulak kadang kadang.”

Sumber : Muna ‘Izzah Md Isa