Belanjawan 2023: Tidak lupa M40, cukai pendapatan dikurangkan dua mata peratusan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KHABAR gembira kepada hampir sejuta pembayar cukai daripada golongan isi rumah pendapatan pertengahan (M40) apabila kerajaan akan mengurangkan kadar cukai individu pemastautin.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kadar cukai individu akan diturunkan sebanyak dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan antara lebih RM50,001 hingga RM100,000.

Menurut Tengku Zafrul, cukai bagi banjaran pendapatan antara RM50,001 hingga RM70,000 akan dikurangkan kepada 11 peratus daripada 13 peratus sebelum ini.

Kata beliau, cukai bagi pendapatan lebih RM70,000 hingga RM100,000 pula akan turun daripada 21 peratus kepada 19 peratus.

Pada masa sama, beliau berkata, banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 hingga RM600,000 dan dikenakan cukai 25 peratus.

“Kerajaan ini tidak pernah melupakan isi rumah kumpulan pertengahan.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah pendapatan boleh guna yang boleh dimanfaatkan oleh golongan M40.

Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2023: KPT terima peruntukan RM15.1 bilion

“Dengan layanan khas cukai pendapatan ini, penjimatan cukai kumpulan pertengahan adalah sehingga RM1,000 dan untuk kumpulan teratas adalah sehingga RM250.

“Ini bermakna, dianggarkan RM800 juta tersedia sebagai lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul turut mengumumkan, inisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet sebanyak RM100.

Kata beliau, ia akan diberikan kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000 bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai.

“Dianggarkan seramai lapan juta individu layak menuntut kredit ini dengan peruntukan disediakan RM800 juta,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This