“…mungkin ada kesilapan yang datang daripada kami…,” – Giliran Sesah tinggalkan pentas Awesome Raja Lawak

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MEMASUKI minggu kelima, Awesome Raja Lawak (ARL) menyaksikan giliran kumpulan Sesah mengucapkan selamat tinggal kepada program terbabit selepas mendapat markah tercorot iaitu 50 peratus.

“Sejujurnya untuk peminat kami, dalam banyak komen-komen, ramai yang minta kami buat ‘silent comedy’. Mungkin itu untuk kami serlahkan kehebatan Sesah atau menghiburkan mereka (peminat).

“Yang sanggup datang daripada jauh terutama keluarga, rakan-rakan dan peminat. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

“Kami berpuas hati dengan persembahan kami tapi mungkin ada kesilapan yang datang daripada kami juga. Insya-Allah, selepas ini kami mahu fokus kepada kehidupan kami.

“Siapa tahu, mungkin kalau ada rezeki kami akan ada ‘Sesah Silent Comedy’. Insya-Allah kalau ada peluang itu, kami tak sia-siakan,” kata mereka.

Sesah dianggotai oleh Acap, Paan dan Alok

Sementara itu, mengulas lanjut prestasi peserta, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, jika dinilai daripada sudut kualiti kandungan dan kebijaksanaan dalam menyusun penceritaan sketsa yang dipersembahkan untuk minggu kelima bertemakan Pekerjaan pada Rabu lalu, secara keseluruhannya pihaknya berpuas hati dengan usaha keras barisan peserta yang masih bertanding dalam program ARL.

Ezzan Zalilah Zulfadzli

“Peningkatan konsisten yang dipamerkan oleh para peserta dari minggu ke minggu jelas turut mendapat perhatian daripada pihak juri iaitu Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat berdasarkan komen positif serta pujian yang
dikongsikan saban minggu.

“Mereka juga dilihat cukup terhibur dan tidak kering gusi dengan bahan jenaka yang dipersembahkan sepanjang membuat penilaian,” katanya.

Mengulas ringkas mengenai persembahan minggu kelima, kumpulan Soda dan peserta solo Azhar terus mengekalkan kecemerlangan minggu lalu apabila berjaya mengungguli carta dua teratas.

“Percaturan kumpulan Soda yang tampil dengan kisah mengenai ‘chef’ terbukti berkesan apabila selesa di tangga teratas dengan markah sebanyak 81 peratus.

“Manakala Azhar yang juga merupakan pemenang ‘Man of The Match’ untuk minggu kelima pula tampil dengan kisah di kedai tomyam juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menerima markah keseluruhan sebanyak 71 peratus.

“Walaupun peserta yang kami rasakan mempunyai potensi cerah iaitu kumpulan Sesah tersingkir, kami percaya mereka sudah pun menggunakan platform dan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Pesanan kami kepada semua peserta yang telah tersingkir khususnya kumpulan Sesah, jangan menganggap penyingkiran ini sebagai satu pengakhiran dalam bidang komedi. Perjalanan karier mereka baru sahaja bermula.
“Banyak lagi cabaran yang harus ditempuh untuk menempa nama dalam dunia hiburan. Perlu diingatkan juga untuk bergelar anak seni, kadang-kadang kegagalan bukan bermakna segalanya sudah berakhir,” ujarnya.

Untuk rekod juga, ARL yang bersiaran pada setiap Rabu, jam 9.00 malam telah berjaya mencatatkan jumlah tontonan terkumpul yang cukup memberangsangkan sebanyak 14 juta sepanjang lima minggu bersiaran.

“Ini merupakan pencapaian yang amat baik dan kami jangkakan sambutan yang diberikan oleh penonton akan terus meningkat untuk minggu-minggu seterusnya.

“Kami teruja untuk melihat lontaran idea segar yang bakal dibawakan untuk pusingan keenam bertemakan ‘Sejarah/Kenangan’ pada minggu hadapan oleh sembilan lagi peserta yang masih bersaing di pentas ARL iaitu Soda, Azhar, Hanif, Se’eh, Mabo, Semmat, Sedare, Manja dan Pelan.

“Sama-sama kita nantikan apakah kelainan yang bakal mereka hidangkan kepada para penonton kelak. Teruskan menyokong program-program terbitan Awesome TV di saluran Astro (123) dan MyTV (112),” jelasnya.

Juara ARL akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50 ribu beserta trofi sumbangan Awesome TV. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM25 ribu dan RM15 ribu beserta trofi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This