Anggota Rela maut dipukul dua lelaki mabuk

Dari Penulis

SEORANG anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut selepas dipukul dua lelaki di hadapan rumahnya di Damansara, Petaling Jaya, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 45 tahun itu telah dipukul di kepala dengan menggunakan topi keledar dan sebatang kayu.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada jiran mangsa memaklumkan mangsa telah dipukul dan tidak sedarkan diri pada pukul 9.15 malam.

“Pegawai perubatan yang hadir telah memeriksa mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10.08 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, punca kematian dipercayai kerana mangsa menegur suspek yang berada dalam keadaan mabuk ketika berada di dalam lif.

Baca : Warga asing cedera dipukul, tiga lelaki tempatan diburu polis

“Kedua-dua suspek telah mengejar mangsa lalu memukul di hadapan rumahnya”.

Mengulas lanjut, siasatan pihak Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di tempat kejadian telah merampas sebuah topi keledar, sebatang kayu dan pemetik api.

Bertindak atas maklumat, seorang suspek berusia 26 tahun ditahan polis di Kota Damansara pada pukul 12.30 tengah malam.

Siasatan mendapati suspek mengaku terlibat di dalam kejadian bersama seorang lagi suspek berusia 24 tahun yang masih lagi bebas.

“Turut dirampas sehelai baju-T hitam, seluar pendek berwarna kelabu, seutas tali pinggang dan sepasang kasut,” ujarnya.

Mohamad Fakhruddin berkata, suspek kini ditahan reman sehingga Jumaat dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail di talian 013-3587571.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This