SEORANG penumpang maut selepas kereta yang dinaiki dilanggar sebuah treler di Kilometer 12, Jalan Bentong – Raub, 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa seorang wanita berusia 57 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun bersama empat penumpang berusia 23 hingga 57 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub menggunakan laluan Jalan Lebu.

“Sampai di lokasi, pemandu kereta bertindak membelok ke kanan untuk keluar ke jalan utama sebelum tiba-tiba datang sebuah treler melanggar sisi kanan kereta sehingga menyebabkan kereta berpusing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Pemandu treler maut dalam kemalangan 3 kenderaan

Jelasnya, mangsa yang duduk di tempat duduk belakang maut manakala pemandu dan penumpang lain mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Bentong bagi menerima rawatan.

Tegasnya, laluan Bentong-Raub amat gelap dan berbahaya di waktu malam dan memohon pihak berkenaan mengambil inisiatif menambah pencahayaan di lokasi tersebut.

Zaiham berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram