PERIKATAN Nasional (PN) akan mengekalkan penyandang kerusi yang mempunyai prestasi baik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Perkara tersebut diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dipetik BH Online.
Menurut Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, soal penyandang kerusi untuk diketengahkan sebagai calon itu akan dinilai apabila PRU-15 tiba nanti.
“Kita akan menilai apabila sampai masa pilihan raya sama ada penyandang itu memang penyandang yang terbaik dan boleh mempertahankan kerusi.
“Jadi, pastinya itu (kerusi penyandang) kita akan pertahankan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat PN Perak, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan calon bertanding di tempat sama.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagaimanapun berkata, segala keputusan atau perubahan akan dinilai kepemimpinan tertinggi PN.
Baca artikel berkaitan: Majlis Presiden PN bincang persiapan, manifesto PRU-15
“Tetapi kemungkinan di satu dua tempat di mana perlu ada perubahan, ia akan dinilai kepemimpinan tertinggi PN. Itu kita akan teliti dan buat keputusan kemudian. Prinsipnya ialah soal kebolehmenangan calon,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai manifesto, Muhyiddin berkata, PN Pusat terbuka menerima sebarang cadangan tambahan daripada PN negeri.
“Tadi kita juga berbincang soal manifesto, di peringkat nasional kita sudah memulakan gerak kerja dan kita juga bersetuju kalau ada cadangan PN di peringkat negeri nak menyediakan satu lagi tambahan yang lebih fokus kepada soal tawaran PN untuk peringkat negeri.
“Maka, mereka boleh menyediakan dan boleh berbincang dengan pihak kepemimpinan Pusat supaya dapat diberikan ‘endorsement’,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

