PM terima Darjah Kebesaran Sarawak, bawa gelaran Datuk Patinggi

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dalam istiadat yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Miri, Sarawak.

Penganugerahan darjah yang membawa gelaran ‘Datuk Patinggi’ itu adalah sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-86 Abdul Taib.

Turut hadir pada acara yang bermula dari 5.15 hingga 5.30 petang itu ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pimpinan tertinggi negeri.

Baca artikel berkaitan: Ekonomi Malaysia tidak akan terjejas teruk tahun depan – PM

Seramai 846 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib tahun ini.

Bandaraya Miri merupakan tuan rumah sambutan Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib yang berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tak seperti biasa, Piala Dunia 2026 kelihatan suram

HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Piala Dunia 2026 dimulakan dengan perlawanan pertama melibatkan satu daripada pasukan tuan...

More Articles Like This