Saarani menghadap Sultan Nazrin esok berhubung pembubaran DUN

Dari Penulis

MENTERI Besar Datuk Seri Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pukul 2 petang esok bagi mendapatkan perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

“Saya baru dapat perkenan untuk menghadap Baginda petang esok,” kata Saarani kepada media selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Daerah Kerian hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat mingguan Kerajaan Negeri akan diadakan seperti biasa pagi esok, sebelum beliau menghadap Sultan Perak pada sebelah petangnya, dan kenyataan rasmi berhubung pembubaran DUN dijangka akan dikeluarkan pihak istana.

DUN Perak kini dianggotai 25 Ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional (BN), DAP (15), Amanah (lima), Bersatu (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan bebas (satu).

Baca lagi: Enggan bubar DUN bukti pembangkang takut hilang kuasa – Zahid Hamidi

Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, DUN di bawah pentadbiran BN kecuali Melaka, Johor dan Sabah akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober untuk memberi laluan kepada PRU selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This