PELAKON veteran, Hisham Ahmad Tajudin, 76, meninggal dunia pada pukul 4.30 petang tadi di Hospital Shah Alam (HSA) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Anak Allahyarham Hisham, Aqeela, 26, berkata, bapanya yang ditidurkan di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), HSA sejak akhir bulan lalu, menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarga.

“Abah saya, Hisham Ahmad Tajudin kembali menemui Sang Pencipta pada waktu Asar tadi, jam 4.30 petang.

“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, abah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Ia kemudian merebak ke organ lain sehingga tidak berfungsi.

“Kami sekeluarga, berada di sisi Abah sejak malam tadi sehingga Asar. Abah meninggal di hadapan saya, suami saya dan ibu,” kata Aqeela memetik laporan BH Online.

Bagaimanapun, pihak keluarga masih belum dapat berkongsi maklumat pengebumian Allahyarham kerana pihak hospital masih lagi menguruskan jenazah, kata Aqeela.

BERITA BERKAITAN Salam takziah, bapa Nabil Ahmad meninggal dunia akibat komplikasi jantung

“Saya sedang menunggu pasukan forensik membuat laporan. Biar pihak hospital uruskan dahulu,” katanya.

Seniman itu dimasukkan ke hospital pada 29 September lalu selepas mengalami batuk teruk yang berpanjangan dan Allahyarham juga ditidurkan dan bergantung sepenuhnya pada mesin sokongan berikutan tidak boleh bernafas secara normal.

Allahyarham Hisham merupakan antara pelakon tanah air yang sangat dihormati.

Sepanjang terlibat dalam dunia lakonan, Allahyarham membintangi banyak filem antaranya filem Tsu-Feh Sofiah pada 1986, Perempuan (1988) selain drama-drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram