Polis cari pemilik rakaman lelaki baring di tengah jalan

Dari Penulis

POLIS kini mengesan pemilik rakaman kejadian seorang lelaki baring di tengah jalan raya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi klip video yang tular di laman sosial pada 1 pagi tadi.

Katanya kejadian berlaku di tepi Blok 4, Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya, baru-baru ini.

“Lelaki terbabit dilihat membaringkan dirinya di tengah jalan raya dan menghalang lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak awal pagi tadi, tular sebuah video kamera papan pemuka memaparkan aksi seorang lelaki membaringkan dirinya di tengah jalan.

Tindakan itu dipercayai sengaja dilakukan ketika sebuah kenderaan sedang menghampiri.

Namun, ia tular selepas aksi tersebut berjaya dirakam pemilik kenderaan selepas dikongsi di media sosial.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This