PRIHATIN dengan nasib tiga beradik orang kurang upaya (OKU) yang menghidap penyakit polio, Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil memberi sumbangan.
Kesukaran hidup bapa kepada tiga beradik itu, Mohd. Zamri Asmoni mendapat perhatian YBR untuk memberikan bantuan sebanyak RM5,000.
Mohd Zamri yang merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat kurier di Nilai, Negeri Sembilan manakala isterinya seorang suri rumah amat terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Perkara itu mendorong Mohd Zamri memohon bantuan daripada YBR.
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, YBR menyediakan beberapa alternatif pemberian bantuan untuk golongan yang benar-benar memerlukan.
Kata beliau, pemberian bantuan berupa wang tunai itu adalah untuk membantu Mohd Zamri menyediakan keperluan asas isi rumah dan bantuan tambahan dana bagi keperluan tiga beradik tersebut.
Baca artikel berkaitan: YBR sediakan RM100,000 Bantuan Awal Pengajian pada pelajar UPM, sumbang SIR Corner
Syaiful Rizal memaklumkan, ketiga-tiga anak istimewa Mohd Zamri iaitu Muhammad Hariz; Muhammad Hakimi dan Muhammad Uzair Hakim yang kini berusia antara 9 hingga 17 tahun masih memerlukan pantauan rapi dan penjagaan khusus.
“Inisiatif ini diberikan sebagai bantuan keapda mereka yang tidak berkemampuan dalam kalangan asnaf, fakir miskin, anak yatim dan golongan ibu tunggal tatkala berdepan pandemik COVID-19,” katanya.
Turut hadir Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
YBR juga memohon kepada mana-mana agensi, syarikat atau individu yang ingin membantu keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan melalui ke akaun Maybank 155108669008 milik Mohd Zamri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

