Arab Saudi benar wanita buat haji, umrah tanpa mahram

Dari Penulis

KERAJAAN Arab Saudi akhirnya membenarkan wanita untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram.

Perkara itu diumumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Al-Rabiah di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir, Isnin lalu.

Keputusan tersebut sekali gus menamatkan kontroversi yang telah berlarutan sama ada jemaah wanita perlu diiringi mahram.

Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi pula berkata wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain.

Halabi berkata keputusan ini sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman, Mac lalu.

Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Saudi mengumumkan membenarkan kaum wanita menunaikan umrah tanpa mahram pada Mac lalu.

Bekas penasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Faten Ibrahim Hussein berkata keputusan itu memudahkan wanita yang bergelut mencari mahram di tengah-tengah pelbagai kekangan.

Baca artikel berkaitan: Bakal haji tidak boleh terus bergantung pada bantuan kewangan

Sementara itu, Al-Rabiah memaklumkan, kos pembesaran Masjidil Haram di Mekah telah pun melebihi SR200 bilion (RM249 bilion) dengan projek pembesaran terbesar dalam sejarah masjid suci itu masih berterusan.

Memetik laporan Saudi Gazette, beliau turut menegaskan tiada kuota untuk jumlah visa umrah dikeluarkan kepada umat Islam dari seluruh dunia.

“Mana-mana orang Islam yang datang dengan apa-apa jenis visa boleh menunaikan umrah,” katanya.

Al-Rabiah menegaskan mengenai kesungguhan Arab Saudi untuk mengurangkan kos mengerjakan haji dan umrah.

Menteri itu juga merujuk usaha kerajaan berhubung pengenalan dan penggunaan teknologi moden dan pendigitalan perkhidmatan yang disediakan kementerian kepada mereka yang ingin melawat Dua Masjid Suci.

“Ini termasuk menggunakan robot untuk menyediakan beberapa perkhidmatan kepada jemaah serta membangunkan platform Nusk, yang menyediakan banyak kemudahan untuk jemaah dan pengunjung Masjidil Haram. Boleh menempah permit umrah melalui platform dalam tempoh yang singkat, dan selepas itu, visa boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu dukacita dengan Pas tetapi tetap kekal dalam PN

BERSATU melahirkan rasa dukacita dengan Pas yang mengumumkan memberhentikan kerjasama politik dengan parti itu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

More Articles Like This