Kadar tol 4 lebuh raya PROLINTAS turun 20 Oktober, beberapa lagi 1 Januari – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR tol bagi empat buah syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian PROLINTAS akan dikurangkan berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 20 Oktober ini.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis pelancaran Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), hari ini.

Menurut Perdana Menteri, ia susulan persetujuan kerajaan dengan cadangan pentrukturan semula empat buah syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian PROLINTAS itu.

Beliau berkata, keputusan itu juga menandakan keprihatinan terhadap masalah rakyat yang berdepan masalah kenaikan kos sara hidup.

Perdana Menteri memaklumkan, lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (AKLEH); Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE); Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

“Pada masa sama, pengurangan kadar tol bagi Lebuhraya LEKAS dan BESRAYA di bawah Kumpulan IJM Corporation Berhad akan berkuat kuasa 1 Januari 2023,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan kerajaan akan membina lorong tambahan dan satu terowong baharu di Genting Sempah.

Baca artikel berkaitan: Tol percuma sebulan Lebuhraya DASH mulai tengah malam ini – PM

Jelas beliau, langkah tersebut merupakan usaha untuk menampung trafik tinggi serta menangani masalah kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Plaza Tol Gombak ke Plaza Tol Bentong.

Perdana Menteri berkata, kerja-kerja tebatan banjir di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) juga akan dilaksanakan susulan kejadian banjir yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

“Kesemua kerja-kerja penambahbaikan yang telah saya maklumkan sebentar tadi, mengambil kira penstrukturan semula kadar tol dengan perjanjian konsesi tambahan sedang dimuktamadkan.

“Melalui penstrukturan terbaharu ini, kerajaan telah menjimatkan sebanyak RM8.8 bilion anggaran dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi terlibat.

“Pengguna lebuh raya pula bakal menikmati kadar tol yang lebih rendah sekali gus meringankan beban kos sara hidup,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This