Pas kekal tidak bubar DUN Kelantan, Terengganu, Kedah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Keputusan itu diumumkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, hari ini.

Abdul Hadi berkata, Pas juga akan memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi PRU-15 atas prinsip penyatuan ummah.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat turut memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN.

“Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Abdul Hadi dalam kenyataan Sabtu lalu memutuskan tiga negeri yang dikuasai Pas iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat bagi membolehkan segala usaha ditumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pertengahan November hingga Mac 2023.

Baca artikel berkaitan: Tarikh pembubaran DUN akan dipersembahkan kepada Raja Perlis – Azlan

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU-15.

Sementara itu, memetik laporan BH Online, pemimpin Pas dilihat mengambil pendekatan mengunci mulut sama ada parti itu membuat ketetapan menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU-15.

Ia susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk mengukuhkan kerjasama dalam PN>

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya mengenai perkara itu hanya melemparkan senyuman sebelum berlalu pergi.

“Semua boleh mengambil kenyataan media,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This