Tangkap layar video mendakwa air laut di Pantai Sampur, Kepulauan Bangka Belitung telah surut dan mengering.

WARGA maya mendakwa bakal berlaku bencana tsunami susulan penularan satu video yang memaparkan air laut di Pantai Sampur, Kepulauan Bangka Belitung telah surut dan mengering.

Video yang tular sejak semalam itu, telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna media sosial dengan kapsyen “airnya pindah kemana nih… ada yang bisa jelaskan? Pantai Sampur Bangka air surut”.

@utusantvofficial

Kering sungguh air laut 😱. Kejadian di Pantai Sampur, Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #global

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Menerusi video tersebut dapat dilihat puluhan individu berdiri di tepi pantai yang dikatakan airnya semakin surut.

Rata-rata warganet mula meluahkan kebimbangan bakal berlaku tsunami disebabkan fenomena air laut secara tiba-tiba surut.

Namun, dakwaan dan kebimbangan netizen itu disangkal oleh Ketua Agensi Pengurusan Bencana Serantau, Mikron Antariksa.

Baca artikel berkaitan : Dihanyutkan tsunami 6 meter, lelaki OKU berenang 27 jam ‘selamatkan diri’

Memetik laporan Kompas.com, beliau dilapor berkata, fenomena kejadian itu adalah suatu perkara yang biasa dan meminta orang ramai tidak khuatir.

Jelasnya, fenomena air surut ini adalah bermusim dan air akan kembali ketika daya tegangan lemah atau ketika air pasang.

“Fenomena ini terjadi ketika masuk monsun barat dan dipengaruhi oleh bulan.

“Bangka Belitung sendiri tidak termasuk di dalam kawasan aktif yang mengakibatkan tsnuami sebaliknya perlu lebih memberi tumpuan di kawasan Sumatera Barat,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram