Pelakon Harry Potter, Robbie Coltrane meninggal dunia

Dari Penulis

Pelakon yang popular menerusi watak Hagrid dalam siri filem Harry Potter, Robbie Coltrane meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Menurut wakil Coltrane iaitu Belinda Wright dalam satu kenyataan memberitahu pelakon itu meninggal dunia di sebuah hospital di Falkirk, Scotland.

“Secara peribadi, saya menganggap dia sebagai seorang pelakon yang sangat setia.

“Selama 40 tahun bekerjasama dengannya, dia seorang pelakon yang sangat bijak dan pastinya saya akan merinduinya,” jelasnya.

Sementara itu, watak utama Harry Potter iaitu Daniel Radcliffe mengakui Coltrane merupakan seorang individu yang paling kelakar pernah ditemuinya.

“Saya teringat kenangan sewaktu menjalani penggambaran untuk siri Prisoner Of Azkaban pada tahun 2004. Ketika itu hujan lebat dan kami terpaksa berteduh di pondok Higrid.

“Dia banyak bercerita dan bergurau dengan saya dan pelakon-pelakon lain semata-mata mahu memberi semangat kepada kami,” kongsinya.

Coltrane meninggalkan isteri, Rhona Gemmel dan dua orang anaknya iaitu Spencer serta Alice.

Selain Harry Potter, Coltrane turut pernah membintangi filem James Bond, Goldeneye, The World Is Not Enough, drama detektif terbitan ITV iaitu Cracker.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This