MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin mencuba sukan Touch bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), hari ini.

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan terus memperkasa minat murid-murid dalam pelbagai jenis sukan sebagai salah satu usaha pembangunan pendidikan negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ruang seluas-luasnya perlu diberikan kepada murid-murid bukan sahaja untuk mendalami bidang akademik tetapi juga kokurikulum.

Sehubungan itu, kata beliau, kokurikulum melibatkan pelbagai jenis sukan untuk dipelajari.

“Dalam konteks KPM, kita terbuka untuk mendedahkan anak-anak kita kepada pelbagai jenis sukan supaya mereka mendapat ruang dan peluang seluasnya.

“Ia bukan sahaja membuatkan murid-murid mempelajari bidang sukan baharu tetapi juga mungkin melihat sukan ini amat bersesuaian dengan mereka dan meneruskan minat dalam sukan sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi pengenalan jurulatih sukan Touch ternama dunia, Peter Walters di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16 (1), hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin bersama jurulatih sukan Touch ternama dunia, Peter Walkers dalam sesi pengenalan sukan itu di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), hari ini.

Baca artikel berkaitan: Isu Cikgu Fadli: Keputusan Lembaga Tatatertib esok

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin mencuba sukan Touch bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), hari ini.

Mengulas mengenai sukan Touch, Radzi berkata, Persatuan Sukan Touch Malaysia telah membawa Walters untuk bersama-sama memperkenalkan sukan tersebut di pelbagai peringkat termasuk di sekolah-sekolah.

Jelas beliau, KPM tidak mempunyai masalah untuk memperkenalkan sukan Touch tersebut dengan lebih meluas.

“Mereka akan berada selama hampir seminggu di sini di samping turun ke beberapa buah negeri untuk program bersama masyarakat dan di sekolah.

“Insya-Allah kita akan perkenalkan sukan ini dengan lebih meluas, mungkin di sekolah telah ada cikgu berkepakaran dalam sukan ini tetapi kita bersama persatuan supaya murid-murid lebih terdedah dengan sukan ini.

“Ia dapat membantu mereka melihat bahawa terdapat pelbagai jenis sukan yang boleh dipelajari selain pendedahan baharu kepada anak-anak kita,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram