Kapsyen Sharifah Sakinah undang tanda-tanya, perkahwinan sudah berakhir?

Dari Penulis

PELAKON Sharifah Sakinah mencetuskan tanda tanya ramai selepas memuat naik entri di Instagram seperti memberi bayangan rumah tangganya sudah berakhir.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis, Sakinah atau nama  Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkata, dia dan juga suaminya, Michael Hensen mempunyai pandangan dan kepercayaan berbeza.

“Kami memiliki perbezaan pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi.

“Sebab itu kami tidak boleh lagi menjadi pasangan. Tamat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sakinah turut bertindak menutup ruangan komen. 

Untuk rekod, Sakinah dan Michael,42, mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari lalu selepas berkenalan sejak 2020.

Sebelum ini, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, 5.

Michael juga pernah berkahwin dan memiliki dua orang cahaya mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This