SEBANYAK tiga kematian kes COVID-19 yang direkodkan pada Jumaat.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, ia termasuk satu daripadanya merupakan kematian di luar fasiliti atau brought In dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 2,256 kes COVID-19 dicatatkan menjadikan kumulatifnya adalah 4,877,387.

Kes aktif COVID-19 pula kini berjumlah 26,526 dengan 25,425 atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1,054 kes COVID-19 ditempatkan di hospital dengan 47 daripadanya dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 17 kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala 1,363 dicatatkan sembuh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram