PASANGAN pelakon Adam Lee, 28, dan Sweet Qismina, 25, selamat bernikah dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak, Selangor, Mohamad Khairin Hussein dalam majlis yang diadakan di Ampang.

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi menerima mas kahwin RM2,410.97 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pihak pengantin perempuan menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Sweet.

Nilai mas kahwin itu merupakan simbolik tarikh lahir Sweet yang disambut pada hari ini.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri k 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat.

Untuk rekod, Sweet dan Adam mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu.