PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia gagal membuat kejutan untuk muncul juara Terbuka Denmark 2022 apabila tewas di tangan wakil China, Shi Yu Qi dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.
Zii Jia yang juga pilihan keempat kejohanan tunduk dalam pertarungan tiga set 18-21, 21-16, 12-21 di Arena Jyske Bank, Odense dalam perlawanan yang mendebarkan rakyat Malaysia yang mengikuti siaran langsung melalui siaran langsung televisyen.
Aksi sengit dipamerkan pada set pertama dengan Zii Jia terpaksa akur dengan kekalahan 18-2, tetapi dia berjaya menewaskan pemain China tersebut dan seterusnya mengheret perlawanan ke set penentuan.
Namun, Zii Jia gagal mengekalkan rentak cemerlang pada set penentuan apabila ketinggalan seawal permainan bermula sekali gus memberi ruang Yu Qi meraih kejuaraan dengan kemenangan 21-12.
Dalam pada itu, Yuqi menamatkan kemarau gelaran selama tiga tahun apabila kali terakhir memenangi Terbuka Switzerland pada 2019.
BERITA BERKAITAN Lee Zii Jia kini di tempat ketiga dalam ranking dunia
Semalam, Zii Jia yang ketandusan gelaran selepas Terbuka Thailand, Mei lalu, menampilkan aksi cemerlang pada separuh akhir apabila menundukkan juara dunia tahun lalu, Loh Kean Yew dari Singapura dengan 21-18, 21-15.
Selepas perlawanan, Zii Jia dengan tenang menerima keputusan tersebut dan berazam untuk kembali semula dengan lebih mantap pada Terbuka Perancis 2022 di Paris bermula Selasa ini.
“Sekurang-kurangnya saya telah mencuba yang terbaik di sini dan akur dengan keputusan ini. Saya akan mengharungi dua lagi kejohanan selepas ini dan harap dapat mengekalkan prestasi semasa,” katanya.
Sementara itu, di Indonesia, pemain negara, Leong Jun Hao memenangi gelaran sulung dunia selepas mengecewakan rakan senegara, Cheam June Wei pada aksi final Indonesia Masters di Malang.
Jun Hao terpaksa berhempas pulas selama 67 minit sebelum mengecewakan June Wei, 9-21, 22-20, 21-19 pada acara Super 100 tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram