Sebahagian daripada 300 pelajar di Sabak Bernam dan Sungai Besar menerima bantuan cermin mata percuma dari Yayasan Bank Rakyat (YBR). Gambar dari YBR

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) prihatin membantu pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan (B40), dengan pemberian cermin mata percuma di dua lokasi iaitu Sabak Bernam dan Sungai Besar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam.

Penyerahan cermin mata telah disempurnakan oleh dua Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Dr Abdul Rahman Bakri di Sabak Bernam dan Widia Wati Abuzar di Sungai Besar.

Menurut Abdul Rahman, bantuan cermin mata pada hari ini melibatkan 300 pelajar di seluruh Sabak Bernam.

YBR amat memahami mereka yang mengalami masalah penglihatan untuk mendapatkan cermin mata serta masalah kewangan bagi meneruskan kehidupan dalam mengharungi fasa endemik COVID-19.

Tambah beliau, senarai penerima yang terpilih diperoleh dari PPD Sabak Bernam dan kemudiannya diberikan kepada YBR untuk mendapatkan bantuan ini.

Baca artikel lain: YBR sedia peruntukan RM300,00 Bantuan Awal Pengajian kepada pelajar IPTA di utara

Turut hadir pada sesi penyerahan ini adalah Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Ketua Bahagian Operasi, Mohd Mukhti Abd Rahman.

Sementara itu, Widia berkata ketika di majlis berlainan, YBR sentiasa terpanggil untuk tampil membantu golongan kurang bernasib baik, di mana kali ini pihaknya berpeluang menghulurkan bantuan kepada pelajar keluarga B40 yang memerlukannya.

Beliau berharap dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam meneruskan pembelajaran dengan yakin serta menjadikan kehidupan mereka lebih produktif dan sejahtera.

Pada tahun 2022, YBR memperuntukkan lebih RM3 juta bagi pemerkasaan masyarakat dalam meningkatkan kualiti murid melalui pendidikan serta membantu mereka kurang bernasib baik dalam meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi penerima melalui pembangunan dan kepentingan pendidikan secara berterusan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram