SEORANG wanita berdepan detik cemas selepas disamun dua lelaki di kedai runcit miliknya dekat Tanjungpinang, Batam, pagi Isnin lalu.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tanjungpinang, Asisten Komisioner Ronny Burungudju berkata, modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah berpura-pura menjadi pembeli.
Beliau berkata, siasatan mendapati ketika mangsa sedang melayan suspek yang disangka pembeli, secara tiba-tiba datang seorang lagi suspek dari arah belakang membuat ‘headlock’ bagi menyukarkan mangsa dari menjerit.
“Suspek kemudian mencuri barangan di kedai runcit dan mengambil wang mangsa.
“Mangsa mengalami kerugian sebanyak 20 juta rupiah (RM6,000) dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya memetik laporan Batam News.
Jelasnya, mangsa terus membuat laporan di Polis Bandaraya Tanjung Pinang sejurus kejadian.
Menurutnya, polis kini masih menyiasat suspek yang terlibat dan meminta saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
Sebelum itu tular rakaman kamera litar tertutup menunjukkan bagaimana mangsa tidak terdaya melawan selepas dikunci kepala oleh seorang lelaki.
Rakaman CCTV tersebut tular sejak semalam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda! Ikuti langkah ini: Langkah 1: Layari utusantv.com Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’