POLIS mengesan dua warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam insiden mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di Flat San Peng, Jalan Gandek, Kuala Lumpur, 10 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya terkesan klip video kejadian memaparkan seorang individu mengalami kecederaan di kepala dan muka.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 8.59 malam semalam.
“Polis kini menjalankan pengesanan ke atas dua indiviu yang dipercayai terlibat dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Ibu, anak maut dalam kemalangan tiga kenderaan dekat Karak
Mengulas lanjut, punca kejadian masih dalam siasatan dan polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.
Noor Dellhan memberi amaran keras kepada orang ramai untuk tidak terlibat dengan sebarang kesalahan yang melanggari undang-undang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram