PERBICARAAN kes ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya Emilia Hanafi, yang dijadualkan hari ini di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur ditangguhkan ke 25 November.
Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili SM Faisal memberitahu mahkamah bahawa, peguam utama ahli perniagaan itu Datuk Akberdin Abdul Kader, tidak dapat hadir hari ini kerana mengalami masalah pernafasan selain turut mengemukakan sijil cuti sakit (MC) peguam berkenaan kepada mahkamah.
“Datuk Akberdin sepatutnya menyoal balas saksi pendakwaan ke-6, Elisa Nani Hanafi, yang akan dipanggil untuk memberi keterangan hari ini.
“Bagaimanapun, saya dengan rendah diri memohon supaya kes hari ini ditangguhkan,” kata Jagjit di hadapan Majistret Nadia Othman.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berkata pihaknya bersedia untuk mendengar keterangan Elisa Nani, iaitu adik kepada Emilia hari ini.
“Pendakwaan sudah menyerahkan salinan pernyataan saksi Elisa Nani kepada pihak pembelaan pada 30 Oktober (semalam),” kata Zahida.
BERITA BERKAITAN Emilia dilihat takut, menangis dan mengadu SM Faisal memukulnya – Polis
Jagjit kemudian mengesahkan pihaknya sudah menerima salinan pernyataan saksi itu.
SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emila, 43, yang ketika kejadian adalah isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram