PRU-15: Ahmad Idham akan galas tanggungjawab dengan penuh kesungguhan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri meluahkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menjadi calon Parlimen Port Dickson dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Idham, dia bersyukur kerana diberikan amanah besar oleh Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA, Parti Pejuang Tanah Air di Bangi Convention Centre, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: PRU-15: Eizlan Yusof, Ahmad Idham calon GTA Sabak Bernam, Port Dickson

“Saya sentiasa berpegang kepada bicara gerak kerja lebih bermakna berbanding hanya ungkapan kata-kata. 

“Saya akan menggalas tanggungjawab ini dengan penuh kesungguhan untuk meneruskan gerak kerja yang sudah saya mulakan dengan lebih luas bukan hanya menfokuskan kepada komuniti istimewa semata-mata sebaliknya turut mensasarkan kepada rakyat dan penduduk di Port Dickson secara keseluruhannya,” katanya kepada URTV.

Antara perjuangan yang akan diperjuangkan ialah kestabilan ekonomi, penyelesaian permasalahan utama, aktiviti pelancongan, penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam serta menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas.

“Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk melaksanakan amanah ini dengan baik kepada masyarakat,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ajai sedia kongsi pentas dengan Nourul Depp, hanya tunggu masa yang tepat

KOMPOSER dan penyanyi, Ajai secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk kembali berkongsi pentas dengan bekas isterinya, Nourul Wahab, sekiranya diberikan...

More Articles Like This