Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan Festival Seni [email protected] Arts Cultural Festival (LACF) bermula 4 sehingga 6 November 2022 bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur.

Festival Seni Hidup 2022 menampilkan sebanyak 20 warisan tidak ketara yang turut dipersembahkan secara hibrid daripada enam buah negara iaitu Malaysia, Argentina, Republik Rakyat Cina, Jepun, India dan Indonesia. Antara pengisian menarik ialah penampilan Juara Dunia Kejuaraan Pencak Silat Dunia Edisi Ke-19, Merrywati Manuil.

Festival ini menghimpunkan kesenian yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Tahun ini, enam jenis kesenian yang tersenarai di bawah UNESCO dipamerkan iaitu Silat, Songket, Tango, Opera Cina Kun Qu, Longquan Celadon dan Kumiodori. Manakala di bawah senarai Warisan Kebangsaan adalah Sewang, Gamelan, Bhangra, Tulisan Khat, Dikir Barat dan Wayang Kulit.

Manakala kesenian yang ditonjolkan dari negara lain ialah Silat Dalam Talam, Puisi Tradisional Rejang, Bungkau, Tarian Indai Abau, Pol Kal Kudarai, Sewang, Kaligrafi Khat, Gambus, Dikir Laba, Terinai Ketam Bawa Anak, Joget Gamelan Perang Manggung, Silat, Peragaan Songket, Tango, Opera Cina Kun Qu, Bhangra, Kalaripayattu, Kumiodori dan Tarian Klasik Jawa.

Selain persembahan kesenian, penonton juga disajikan sebuah dokumentari khas ‘Longquan Celadon’ dengan kerjasama Zhejiang Provincial Department of Culture and Tourism China.

Turut dianjurkan pelbagai program keilmuan seperti Intelek Seni, Bengkel Asas Seni Kaligrafi Khat, Bengkel Asas Tatarias Opera Cina, Bengkel Tarian Jawa Klasik, Dokumentari Pemain Tradisional dan program bual bicara yang diselaraskan oleh Persatuan Penggiat Pelancongan Senibudaya Warisan Kraf Negeri Selangor (PESTA), PUSAKA dan Persatuan Kebudayaan Han Malaysia.

Dalam pada itu, buku ‘Keindahan Kain Tenun Songket Malaysia’ turut dilancarkan. Songket yang digelar ‘Ratu Kain’ dalam tenunan Melayu telah disenaraikan di bawah Representative List of Intangible Cultural Heritage of Humanity pada tahun 2021.

JKKN turut menganjurkan pertandingan pencungkilan seperti Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli, Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan Pertandingan Memasak Citarasa ADABI. Penonton juga mengambil peluang mempelajari masakan tradisional dalam ‘Program Jom ke Dapur Warisan’ yang dibawa khas oleh Jabatan Warisan Negara (JWN).

“Usaha memastikan kelangsungan seni budaya dalam pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah negara menjadi agenda penting jabatan ini. Selain itu, kerjasama serampang dua mata bagi memperkenalkan keindahan warisan tidak ketara dari pelbagai negara juga menjadi satu titik tolak dalam memperkukuhkan persahabatan dan kerjasama strategik dalam seni budaya”, kata Norazman bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC tentang festival ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram