Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga penyandang Parlimen Bera menyantuni penduduk Bera yang datang membeli barang keperluan di Pekan Sehari Kerayong, baru-baru ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga penyandang Parlimen Bera menyantuni penduduk Bera yang datang membeli barang keperluan di Pekan Sehari Kerayong, pagi tadi.

Ismail Sabri tiba pada jam 9 pagi meluangkan masa hampir sejam untuk beramah mesra dengan pengunjung serta mendengar sendiri permasalahan penjaja.

Beliau juga tidak ketinggalan melayan permintaan para pengunjung yang mahu bergambar untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

Apa menarik Ismail Sabri sempat menyapa dan bersalaman bersama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Bera, Abas Awang yang kebetulan berada di lokasi sama.

Baca artikel lain: PRU-15: Ismail Sabri kekal calon PM, ia keputusan parti – Shahril Sufian Hamdan

Parlimen Bera menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

PH mewakilkan Abas manakala PN pula menamakan Asmawi Harun sebagai calon untuk mencabar Ismail Sabri.

Kerusi Parlimen Bera disandang oleh Ismail Sabri sejak dari tahun 2004.

Pada PRU-14, Ismail Sabri menang dengan majorit 8,096 undi selepas menewaskan saingan dari PKR dan PAS.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram