Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi kofta kambing yang Saji kongsikan ini. Memang sedap.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging kambing | cincang
100 gm cili hijau | hiris
10 gm daun ketumbar
5 gm serbuk cili
35 gm halia | hiris
1 biji telur
45 gm minyak masak

CARA MENYEDIAKAN:
1.Gaulkan daging kambing yang telah dicincang dengan cili hijau yang telah dihiris, daun ketumbar, serbuk cili, halia dan telur. Uli hinggga menjadi doh.
2.Basahkan tangan dengan minyak dan bentukkan doh daging tadi menjadi bebola kecil. Goreng bebola sehingga garing.
3.Hidangkan bersama sos kofta. Sedap dimakan bersama roti, roti naan dan nasi impit.

BAHAN-BAHAN SOS:
Kulit kayu manis, Buah pelaga & Bunga cengkih
30 gm serbuk kari
10 gm halia hiris
40 gm bawang putih | cincang
50 gm bawang merah | hiris
100 gm yogurt
15 gm minyak jagung
5 gm serbuk kunyit
Secubit garam
500 ml air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak dan tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan cengkih sehingga naik bau.
2.Masukkan bawang, bawang putih, halia dan tumis lagi sehingga garing.
3.Masukkan yogurt, serbuk kunyit, halia dan serbuk kari dan gaul sehingga sebati.
4.Masukkan air, garam dan biarkan mendidih sehingga agar pekat. Tuangkan sos keatas bebola kofta daging tadi.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port makanan salai sedap berhampiran Putrajaya, Bangi & Kajang #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie #foodiemy #portmakansedap #dagingsalaimasaklemakciliapi #fyp ♬ SWIPE – ALYPH

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram