Tawaran PN BEST: Sejuta peluang pekerjaan disediakan sekiranya diberikan mandat

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) berazam untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dalam bidang berpendapatan tinggi sekiranya rakyat memberi mandat pada pilihan raya umum kali ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN sebelum ini pernah mewujudkan lebih 500,000 peluang pekerjaan pada tahun 2021 ketika ramai tidak mempercayai kemampuan gabungan itu.

Katanya, berdasarkan pengalaman itu, beliau yakin PN di bawah pimpinannya mampu merealisasikan hasrat tersebut demi membantu rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya mempengerusikan Majlis Pekerjaan Negara. Kita tetapkan sasaran untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan pada tahun 2021.

“Alhamdulillah, pada akhir tahun 2021, sebanyak 558,000 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan, iaitu melebihi sasaran asal.

“Saya percaya jika Perikatan Nasional diberi mandat oleh rakyat, kita boleh buat dan kita akan buat dengan lebih baik lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Tawaran ‘Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang’ atau PN BEST, malam ini.

Baca artikel lain: Tawaran PN BEST: Cuti umum Ahad, Isnin jika PN menang

Muhyiddin berkata, semasa pandemik COVID-19 melanda negara, ramai rakyat berisiko hilang pekerjaan namun kerajaan PN berjaya menyelamatkan mereka melalui pelaksanaan subsidi upah.

Katanya, dana RM20.29 bilion disalurkan kepada majikan-majikan supaya dapat terus membayar gaji pekerja dan mengekalkan pekerja walaupun perniagaan mereka terpaksa ditutup.

“Dengan inisiatif ini, kita telah berjaya menyelamatkan lebih 163,000 syarikat dan tiga juta pekerjaan.

“Bayangkan jika tiga juta pekerja hilang pekerjaan? Apa jadi kepada mereka dan keluarga mereka? Bolehkah mereka menyara hidup keluarga jika kehilangan sumber pendapatan? Jawapannya tentu sekali sukar.

“Jadi, dengan inisiatif subsidi upah yang dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional, ratusan ribu syarikat mendapat manfaat, jutaan pekerjaan dapat diselamatkan, dan jutaan ahli keluarga ada makanan di atas meja,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This