Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi GAMBAR: Abd Razak Aid

SEKIRANYA diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Barisan Nasional (BN) berhasrat untuk melakukan perubahan dalam Akta Pendanaan Politik.

Ini di mana BN bersedia untuk mengubal akta yang sering menjadi perhatian dan mencetuskan kontroversi itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah berkenaan diambil bagi memastikan amalan politik dihidupkan hanya dengan cara yang bertanggungjawab dan telus.

“Perkara keempat, PADU adalah satu penggandaan usaha untuk kita meletakkan asas-asas penting untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.

“Sesetengah kudrat dan keringat yang kita tumpahkan, hanya akan menampakkan hasil sedekad dari sekarang. Atau pada satu tempoh yang lebih lama. Atau mungkin pada suatu ketika yang tidak sempat pun untuk kita sendiri saksikan hasilnya.

“Akan tetapi, itu tidak bermakna kita tidak harus berusaha dari sekarang. Masa depan yang baik untuk semua harus dimulakan dari sekarang,” katanya.

Baca artikel lain: BN PADU: Sistem asuhan, pendidikan awal percuma untuk semua kanak-kanak bawah enam tahun

Beliau berkata demikian ketika melancarkan manifesto Perancangan Amal dan Usaha (PADU), malam ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, pelantikan jawatan utama seperti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melalui saringan jawatankuasa khas Parlimen.

Katanya lagi, melalui wakil di Parlimen, rakyat akan diberikan mandat untuk meneliti dan terlibat dalam tapisan pelantikan jawatan awam terpenting di negara ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram