PELAKON dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui mengalami perubahan bentuk badan selepas melahirkan anak pertamanya, Syed Urhan Syed Syahiran.

Menurut Uyaina,30, dia merasai sendiri jika badannya sedikit berisi berbanding sebelum hamil anak sulung.

“Sedihnya, ia memang betul. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan.

“Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” tulisnya di Instagram Story.

Uyaina mendedahkan perkara berkenaan selepas ditanya oleh seorang pengikut menerusi sesi ‘Ask Me Question di Instagram.

Pertanyaan seorang pengikut Uyaina Arshad di Instagram Story

Mengakui agak sukar untuk menurunkan berat badan, namun Uyaina tetap positif serta optimis lebih-lebih lagi dia melahirkan anak lelakinya secara pembedahan.

“Sekarang syaa dah dua bulan selepas bersalin. Agak ‘struggle’ juga nak turunkan berat badan…nak kecilkan inci badan balik walapun jaga makan.

“Tapi perlahan-lahan sebab saya bersalin secara pembedahan. Beza dengan lahir normal. Tai tak apa, ‘slowly but surely’,” tulisnya.

Untuk rekod, Uyaina berkahwin dengan penyanyi dan pengacara, Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu.