Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PELAKSANAAN manifesto Perancangan Amal dan Usaha (PADU) memerlukan Barisan Nasional (BN) membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.

Sehubungan itu, PADU akan didukung dan diusahakan dengan mengumpul bakat-bakat terbaik dalam kalangan calon yang terpilih.

Demikian janji Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melancarkan manifesto PADU, malam ini.

Katanya, BN akan membentuk pasukan mempunyai ilmu, pengalaman dan wibawa yang diperlukan dalam menjadikan PADU satu realiti.

“Perkara kelima dan terakhir yang ingin saya tegaskan adalah kejayaan 99 perkara dalam PADU ini bergantung kepada bagaimana BN mengamal dan mengusahakan dengan berstrategi.

“Ini bermakna, perancangan yang baik mesti disusuli dengan amalan yang berstrategi, baik dan usaha yang gigih.

“Namun, BN tidak boleh berseorangan dalam ikhtiar besar ini. Kami memerlukan sokongan dan penglibatan semua,” katanya.

Baca artikel lain: BN PADU: Akta Pendanaan Politik akan digubal

Oleh yang demikian, Ahmad Zahid memulangkan semula mandat kepada rakyat yang mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.

Jelasnya, 99 inisiatif PADU adalah sesuatu dirasakan terbaik untuk negara dan masyarakat yang boleh diberikan oleh BN.

“Saya jemput semua untuk meneliti pelan amal dan usaha kami. Lihatkan dengan berlapang dada bagaimana semua itu akan mengubah negara dan masa depan kita.

“Saya akui, ini bukan pelan yang sempurna. Tapi saya dan seluruh pasukan BN percaya, ia mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri.

“Dengan rendah hati, saya menyeru sokongan dan doa daripada semua. Semoga apa yang kita lakukan bersama ini membuahkan hanya yang terbaik untuk tanah air, Insya-Allah,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram