Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGALAMAN mentadbir negara ketika berdepan krisis pandemik COVID-19 menjadi rekod jelas kepada keupayaan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah kerajaan.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin berkata, dalam keadaan serba kekurangan, kerajaan PN masih mampu memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk pakej rangsangan ekonomi.

Padahal, katanya, tiada sebarang tawaran manifesto diberikan kepada rakyat pada ketika itu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ia jelas memberi impak yang cukup baik membolehkan ekonomi kita berada pada tahap pemulihan yang baik selepas kita keluar daripada pandemik COVID-19.

“Rekod kami jelas. PN menjadi kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin menerajui negara tanpa sebarang janji tetapi anda lihat bahawa kita mampu menyampaikan perkhidmatan waktu negara berdepan pandemik dan pelbagai perkara yang tidak pernah terlintas berlaku dengan bantuan PENJANA sehingga kesannya kita dapat lihat sehingga ke hari ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Baca artikel lain: Radzi yakin dominasi BN di Putrajaya mampu ditamatkan

Beliau berkata demikian selepas meninjau Pusat Pengeluaran Kertas Undi Pos P125 Putrajaya.

Radzi pada masa sama menegaskan, PN merupakan sebuah gabungan yang serius membela untung nasib rakyat.

Katanya, perkara tersebut dapat dilihat melalui pelbagai tawaran komprehensif di dalam manifesto berdasarkan kepada analisis segmen masyarakat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram