Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi ketam clil ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN
2 sudu kecil minyak kacang
4 ekor ketam | potong empat
3 ulas bawang putih | cincang
2 tangkai cili merah | cincang
2 sudu besar halia | cincang
60 ml puri tomato
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula perang
6 helai daun bawang | hiris
50 gm daun ketumbar
1 sudu besar bijan | bakar

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ketam sehingga setengah masak. Keluarkan dan biarkan ke tepi.
2.Dalam kuali sama tumiskan bawang putih, cili merah, halia dan daun bawang.
3.Dalam mangkuk kecil, campurkan puri tomato, sos cili, cuka dan gula perang. Masukkan ke dalam kuali dan panaskannya. Masukkan kembali ketam dan daun ketumbar, gaul mesra.
4.Taburkan bijan sebelum ketam dihidangkan bersama nasi panas dan sedia dinikmati.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Wajib try kalau singgah di RNR PLUS Nilai (arah utara) #makanlokal #malaysianfoodie #nasilemakistimewa #nasilemaksedap #myfoodie ♬ AMAZING – Phoebe

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram