SELEPAS 25 tahun aktif dalam dunia nyanyian, Lah Ahmad akhirnya bakal muncul dengan sebuah konsert sulungnya, 25 Years Lah Ahmad Live In Concert yang akan berlangsung pada 28 Januari 2023 di Stage 1 Theatre PJPAC One Utama.

Ternyata Lah sememangnya tidak asing lagi dalam industri seni muzik tanah air bakal menjayakan konsert ini selepas showcase pertama beliau pada tahun 2018 mendapat sambutan yang hangat.

Konsert ini akan menampilkan hampir 20 buah lagu sepanjang perjalanan karier beliau. Baik lagu lama dan juga lagu baru dari album album beliau. Selain daripada itu, konsert pertama ini akan menampilkan dan meraikan album keempatnya yang berjudul Jatuh.

Konsert ini pasti akan membawa peminat menikmati impian Lah yang ingin menjayakan konsert julung kalinya, perjalanan kerjayanya dan menjiwai seni suara dan lagunya.

Selain daripada itu, Syawal Hussin selaku pengarah muzik bersama ahli muzik seperti Don (gitar), Khazri (gitar ), Wan (drum), Amai (Bass), Mirzan (keyboard) dan Ude Sitar (Programmer). Mereka ini bakal mewarnai sepanjang malam konsert berkenaan.

Mempunyai kelebihan dari segi vokal dan bakat mencipta lagu, album Jatuh juga bakal dijual pada hari konsert tersebut secara fizikal.

Jatuh juga merupakan salah satu judul single terbaharunya. Salah satu kelebihan album Jatuh ini adalah, hampir 95 peratus merupakan ciptaan Lah. Single Jatuh bakal dilancarkan sepenuhnya pada bulan hadapan.

Album ini boleh didapatkan di Shopee Salam Official pada bulan Febuari 2023 nanti dengan berharga RM50.00.

Jualan tiket konsert dijual secara online menerusi onetix.com.my dan jualan tiket sudah bermula sejak 2 November lalu bermula dari Sempuarna & Terbaik: RM330 (Meet & Greet + Jatuh Album), Ayu: RM190 dan Adinda: RM120.

Namun difahamkan, tiket konsert telah habis dijual selepas 24 jam dihebahkan kepada umum. Dengan pengumuman itu, ramai peminat yang kecewa kerana tidak sempat membeli tiket untuk menyaksikan persembahan penyanyi berusia 42 tahun itu.